Search This Blog

Tuesday 13 December 2011

MOTIVASI U DIRI SENDIRI...

MOTIVASI = MOTIF + ACTION...

emm...sebenarnya dalam diri kita perlu ada motivasi....kali ini saya terpanggil u memotivasikan diri saya sendiri.......terfikir pulak....alang2 memotivasikan diri sendiri apa salah nya saya berkongsi dengan anda...ada juga baik nya...

KAEDAH MENGHADAPI KEGAGALAN...
rasanya menarik jugak tajuk nie...meh kita ambil pedomannya...

terdapat 3 pola tanggapan manusia dalam menghadapai sesuatu masalah...

1. pola pertama ~ memberikan alasan dan berputus asa.

       BERTINDAK ---> GAGAL ---> BERPUTUS ASA
kebanyakkan org akan menyalahkan org lain apabila sesuatu y diiginkan tidak mampu dicapai.....mereka akan mula memberikan pelbagai alasan atas ketidakberjayaan mereka.

2. pola kedua ~ cuba melakukan perkara yg sama berkali2...
     
     BERTINDAK--->GAGAL--->MENCUBA PERKARA YG SAMA
dapatkah anda fikirkan dan renungkan apabila kita berusaha lebih terhadap cara serta kaedah yang sama berulangkali ....Adakah ia lebih berhasil atau masih hasil yang sama? Atau tukar je strategi yang baru....emmmm..


3. pola ketiga ~ menerima maklumbalas , ubah strategi , dan bertindak sehingga berjaya
   MATLAMAT-->BERTINDAK-->STRATEGI-->MAKLUMBALAS/KEGAGALAN-->UBAH STRATEGI-->BERJAYA..
kebanyakkan org yg berjaya TIDAK akan mengganggap kegagalan mereka sebagai batu halangan kepada kejayaan mereka. Mereka menganggap "kegagalan itu hanyalah suatu pengalaman yang tidak betul" . Mereka akan belajar dari kesilapan dan mengubah strategi u mencapai matlamat mereka dan tidak pernah mengalah daripada BERUSAHA....
Emmmm...tetiba rasa bersemangat pulak....yang mana satu pola pilihan anda...
diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada diri saya dan juga anda ye.
MOGA KITA TERUS SUCCESS DALAM APA JUA YG KITA LAKUKAN~ INSYALLAH..


ikhlas dari saya ....
aslina...0174773892

1 comment:

  1. Tahniah..tahniah...
    http://tengkuyuzaimie.blogspot.com/2011/12/ptptn-ohhhhhh-ptotn.html

    ReplyDelete